Showing posts with label mimpiINDAHatauBURUK. Show all posts
Showing posts with label mimpiINDAHatauBURUK. Show all posts
Sunday, May 16
semakin hari semakin cerah hariku :))
Best ehh KEM KEPIMPINAN PENGAWAS! ada kenangan yang baik dan yang buruk. Yang buruk, kaki Miey selalu cramp jer. Sakit! Tapi, Miey dapat jugak lakukan semua, HAMPIR SEMUA la aktiviti yang disediakan :)). Syok! Dan ada yang syok lagi apabila Vack bercakap dengan Miey! Best :))! Waktu tu masa Majlis Penangguhan Kem Kepimpinan Pengawas dan dah nak habis. Masa tu, kami semua calon pengawas bersalaman dengan FACI - FACI kem tersebut, kami terpaksa berbaris dan tetiba jer kat SEPERSIMPANGAN bilik tu, Miey dan Vack bertembung, well, not exactly, ada seorang kawan sekelas Mieydi depannya. Jadi, Miey jadilah GENTLEMAN sikit suruh "ladies first". Jadi jalan lah si kawan Miey tu. Lepas tu, dia pulak tunggu. DIA a.k.a. Vack tadi. Miey pun suruh dia jalan dulu. Tapi Miey tak kata kan "ladies first" sebab Miey nie suka bergurau bersama dengan kawan Miey, jadi Miey bagikan isyarat "JALAN DULU" kerana Miey kan tak boleh cakap dengan nya. TAPI, tidak lama selepas itu, dia pulak katakan pada Miey, "LADIES FIRST". What the. Hahaha. Tapi Miey rasa bersyukur kerana dia sudah mahu bercakap dengan Miey. SYOK! Thank you ALLAH and CAMP! Hehe!
labels
isiDIARI,
mimpiINDAH,
mimpiINDAHatauBURUK,
tentangTEMAN
Monday, March 22
Mimpi Yang Berulang . . .
"Kini kembali mimpi yang mungkin indah dan mungkin juga sedih... Kau kini kembali di alam mimpi ku sehinggakan aku tidak tertahan lagi dengan hidup ku ini..."
Miey memang sudah tidak tahan lagi... Dia muncul dalam mimpi Miey dan membuatkan Miey sedih akan perkara atau perbuatan yang Miey telah buat padanya... Miey kesengsaraan... Miey merana... Miey insaf... Miey ingin meminta maaf, tapi maaf tidak diterima... Miey kesedihan... Miey mengharapkan dia akan memaafkan Miey suatu hari nanti... Dan Miey akan tetap maafkan dia... Miey tidak ingat bagaimana jalan cerita mimpi Miey malam tadi, tapi, Miey masih teringat riak wajah dan ekspresinya ketika BERTUTUR KATA dengan Miey... Miey senyum kerana sudah lama Miey tidak berkata dengannya, akan tetapi, Miey seperti KEBISUAN... Tidak dapat berkata apa apa kepadanya... Tidak lama kemudian, Miey tersentak lalu bangun daripada tidur... Miey hampir mengeluarkan air mata kesedihan kerana teramat sangat mengharapkan agar mimpi itu benar... Akan tetapi, hajat Miey tidak tercapai... Huhu...

mimpiINDAHatauBURUK
Saturday, November 21
Hidup tidak seindah mimpi .
---> [ Yang hitam itu adalah Miey , yang putih itu adalah kawan Miey, Vack :3 ] Wah , betapa indahnya mimpi Miey malam tadi , Miey termimpikan Vack yang sedang bercakap dengan Miey ! Baiklah , Miey akan ceritakan dari A hingga ke Z [ dari mula sampai akhir ] ! begini ceritanya , suasananya seperti di rumah Miey yang tercinta ini . Miey sedang enak menonton televisyen dan tetiba jerrr ada sebuah lembaga hitam di tepi Miey . Wajahnya mula - mula kabur , makin lama makin jelas . Miey pun tersentak dengan melihatnya [ yakni Vack ] di tepi Miey ! Miey mula kehairanan . Mula - mula Vack tersengih - sengih jerrr di tepi Miey . Dia seperti berada di sesuatu tempat yang agak baru [ duduk diam - diam , tak tahu nak buat apa ] . Miey tak nak tegur , sebab Miey tahu dia tak akan tegur Miey balik . Jadi , Miey pun sambung menonton televisyen . Kemudian , dengan tiba - tiba jerr , dia mula bercakap dengan Miey . Miey buat - buat tak tahu jerr . Kemudian , riak wajahnya bertukar gembira ! Miey pun tumpang senyum jugak ! Dengan gembiranya , Miey ketawa ! Dia pun turut ketawa bersama ! Betapa indahnya mimpi itu bagi Miey . Miey tak mahu mimpi itu berakhir . Tapi malangnya , segala mimpi , yang indah mahupun buruk , akan berakhir tanpa pengetahuan kita . Dan pada waktu Miey bangun dari tidur , Miey pula menitiskan air mata kesedihan . Memang sedih bagi Miey , kerana Miey sendiri yang menyalahgunakan sahabat Miey sendiri , sehingga persahabatan Miey dan Vack terputus . Dan sehingga kini , Vack masih tidak menegur Meiy lagi . Dan , Miey nak ingatkan para pembaca , janganlah kita MENYALAHGUNAKAN sahabat kita , rapat mahupun biasa , kerana mungkin ia akan menjejaskan persahabatan korang ! Sehingga kita berjumpa di lain lembaran , sekian .
labels
isiDIARI,
mimpiINDAH,
mimpiINDAHatauBURUK,
tentangTEMAN
Subscribe to:
Posts (Atom)