Saturday, November 21

Hidup tidak seindah mimpi .


---> [ Yang hitam itu adalah Miey , yang putih itu adalah kawan Miey, Vack :3 ] Wah , betapa indahnya mimpi Miey malam tadi , Miey termimpikan Vack yang sedang bercakap dengan Miey ! Baiklah , Miey akan ceritakan dari A hingga ke Z [ dari mula sampai akhir ] ! begini ceritanya , suasananya seperti di rumah Miey yang tercinta ini . Miey sedang enak menonton televisyen dan tetiba jerrr ada sebuah lembaga hitam di tepi Miey . Wajahnya mula - mula kabur , makin lama makin jelas . Miey pun tersentak dengan melihatnya [ yakni Vack ] di tepi Miey ! Miey mula kehairanan . Mula - mula Vack tersengih - sengih jerrr di tepi Miey . Dia seperti berada di sesuatu tempat yang agak baru [ duduk diam - diam , tak tahu nak buat apa ] . Miey tak nak tegur , sebab Miey tahu dia tak akan tegur Miey balik . Jadi , Miey pun sambung menonton televisyen . Kemudian , dengan tiba - tiba jerr , dia mula bercakap dengan Miey . Miey buat - buat tak tahu jerr . Kemudian , riak wajahnya bertukar gembira ! Miey pun tumpang senyum jugak ! Dengan gembiranya , Miey ketawa ! Dia pun turut ketawa bersama ! Betapa indahnya mimpi itu bagi Miey . Miey tak mahu mimpi itu berakhir . Tapi malangnya , segala mimpi , yang indah mahupun buruk , akan berakhir tanpa pengetahuan kita . Dan pada waktu Miey bangun dari tidur , Miey pula menitiskan air mata kesedihan . Memang sedih bagi Miey , kerana Miey sendiri yang menyalahgunakan sahabat Miey sendiri , sehingga persahabatan Miey dan Vack terputus . Dan sehingga kini , Vack masih tidak menegur Meiy lagi . Dan , Miey nak ingatkan para pembaca , janganlah kita MENYALAHGUNAKAN sahabat kita , rapat mahupun biasa , kerana mungkin ia akan menjejaskan persahabatan korang ! Sehingga kita berjumpa di lain lembaran , sekian .