Showing posts with label isiDIARI. Show all posts
Showing posts with label isiDIARI. Show all posts

Sunday, May 16

semakin hari semakin cerah hariku :))

Best ehh KEM KEPIMPINAN PENGAWAS! ada kenangan yang baik dan yang buruk. Yang buruk, kaki Miey selalu cramp jer. Sakit! Tapi, Miey dapat jugak lakukan semua, HAMPIR SEMUA la aktiviti yang disediakan :)). Syok! Dan ada yang syok lagi apabila Vack bercakap dengan Miey! Best :))! Waktu tu masa Majlis Penangguhan Kem Kepimpinan Pengawas dan dah nak habis. Masa tu, kami semua calon pengawas bersalaman dengan FACI - FACI kem tersebut, kami terpaksa berbaris dan tetiba jer kat SEPERSIMPANGAN bilik tu, Miey dan Vack bertembung, well, not exactly, ada seorang kawan sekelas Mieydi depannya. Jadi, Miey jadilah GENTLEMAN sikit suruh "ladies first". Jadi jalan lah si kawan Miey tu. Lepas tu, dia pulak tunggu. DIA a.k.a. Vack tadi. Miey pun suruh dia jalan dulu. Tapi Miey tak kata kan "ladies first" sebab Miey nie suka bergurau bersama dengan kawan Miey, jadi Miey bagikan isyarat "JALAN DULU" kerana Miey kan tak boleh cakap dengan nya. TAPI, tidak lama selepas itu, dia pulak katakan pada Miey, "LADIES FIRST". What the. Hahaha. Tapi Miey rasa bersyukur kerana dia sudah mahu bercakap dengan Miey. SYOK! Thank you ALLAH and CAMP! Hehe!

Wednesday, March 31

Seperti Biasa . . .

Fuh... Sungguh bosan hidup Miey... Maaflah kalau Miey dua tiga hari sebelum ni takder post ape ape... Memang takder yang SPECIAL yang berlaku dua tiga hari sebelum ni... Tapi, Miey ada rasa yang si DIA tu makin rapat dengan Miey, alhamdulillah :))!!! Miey syok sangat... Memang happy tak terhitung rasanya... Hahaha :DD... Miey amat mengharapkan yang Miey dan si DIA akan mula bertutur sesama sendiri tak lama lagi :DD

Saturday, March 27

Mari Selamatkan Bumi kita yang Merana Ini xD

Kepada semua pembaca sekalian, untuk memeriahkan lagi perayaan EARTH HOUR untuk menyelamatkan bumi kita yang tersayang, sila bekerjasama dengan menutup semua lampu, lebih baik lagi, semua peralatan elektrik bagi membantah segala GLOBAL WARMING! Kerjasama anda semua amat dihargai... Semoga Allah menyelamatkan bumi kita yang semakin hancus ini...

Friday, March 26

Mudah Saja . . .

Haiz... Macam biasa jerrr... Maafla kalau kelmarin tak post apa apa untuk korang semua... Memang takder cerita best nak dikongsi bersama... Huhu... Ummmm, Kepada Azam, Allen, Suhana dan Zawani, maafkan hamba kerna hamba tidak dapat memenuhi permintaan tuan hamba sekalian... Cikgu tu tak nak ambil pelajar baru lagi lah... Sorry ek... Huhu... Miey tumpang simpati... Miey dan Fafa memang berusaha untuk memujuk cikgu tu, tapi... Gagal! Sumi Masen! Kuminasai! Huhuhu :((

Wednesday, March 24

Seperti Biasa . . .

Hari ni macam biasa jerr... Tiada yang baru... Persahabatan kami makin rapat, syukur alhamdulillah... Dan tiada apa lagi yang nak diperkatakan di sini... Jadi, sampai di sinilah post Miey pada petang ini... Kut kut, malam nanti ada yang berlaku... Mana tahu kan... Wallahualam... Sekian...

Tuesday, March 23

Suatu Hari Yang Menarik . . .

Wahhh... Best jugak hari ni tadi xD... Walaupun tangan Miey ada "suran" tapi Miey happy sangat sangat!!! Pendidikan Islam Miey dapat 79%... Okelah tu... A-... Tapi satu markah jerrr lagi nak A... Huhu... Takpe... Dan satu lagi yang bestnyerrrr, Miey rasa dia sudah semakin rapat dengan Miey la xD... Memang gembira sangat Miey time tu... Selalunya dia tak nak berada dekat dengan Miey... Dan sekarang dia nak sama tuisyen dengan Miey, walaupun dia tahu Miey ada tuisyen sama xD... Syok nyerrr... Hehehe... Sykur Alhamdulillah... Persahabatan Miey dengannya seakin rapat xD

Monday, March 22

Ujian Pertama di Tingkatan Empat . . .

Waaaaa... Teruknyerrr Miey dalam ujian pertengahan penggal satu nie Dx... Huhu )):... Math, as usual, dapat Miey buat... Miey dapat 92% dalam ujian kali nie xD... Tapi, Add Math dan Biology Miey dapat teruk... Waaaa :((... Add Math Miey dapat 44% jerrr... Huhu... E tuuu... Biology pulak dapat 64% jerrr... C+ tuuu... Miey nak sasarkan semua Science Subject untuk dapat A+, A atau A-... Huhu :((... Kena kerja lebih keras!!! Bahasa Malaysia Miey hanya dapat 68% jerrr... B jerr... Sejarah Miey pun sama... 68%... Takper... Ini baru exam yang pertama bagi Upper Form xD... Ohh, lupa la, Chemistry  Miey dapat 85% iaitu A... Satu markah jerr lagi nak A+... Physic pulak dapat 81% iaitu A... Hehe :))... Gembira Miey dapat markah tu... Malangnya, Biology, Add Math, Bahasa Malaysia dan Sejarah Miey perlu dipertingkatkan lagi la... Takperr... Nanti Miey bekerja keras lagi untuk mencapai sasaran Miey tadi xD Oke??

Mimpi Yang Berulang . . .

"Kini kembali mimpi yang mungkin indah dan mungkin juga sedih... Kau kini kembali di alam mimpi ku sehinggakan aku tidak tertahan lagi dengan hidup ku ini..." 

Miey memang sudah tidak tahan lagi... Dia muncul dalam mimpi Miey dan membuatkan Miey sedih akan perkara atau perbuatan yang Miey telah buat padanya... Miey kesengsaraan... Miey merana... Miey insaf... Miey ingin meminta maaf, tapi maaf tidak diterima... Miey kesedihan... Miey mengharapkan dia akan memaafkan Miey suatu hari nanti... Dan Miey akan tetap maafkan dia... Miey tidak ingat bagaimana jalan cerita mimpi Miey malam tadi, tapi, Miey masih teringat riak wajah dan ekspresinya ketika BERTUTUR KATA dengan Miey... Miey senyum kerana sudah lama Miey tidak berkata dengannya, akan tetapi, Miey seperti KEBISUAN... Tidak dapat berkata apa apa kepadanya... Tidak lama kemudian, Miey tersentak lalu bangun daripada tidur... Miey hampir mengeluarkan air mata kesedihan kerana teramat sangat mengharapkan agar mimpi itu benar... Akan tetapi, hajat Miey tidak tercapai... Huhu...

Saturday, March 20

telahLAMApergi, kiniKEMBALIsua...

Ngahahaha :D. Akhirnya Miey kembali bersua... Rindu sangat dengan blog Miey ni... Huhu... Tengah malam pulak nak update ni... Hahaha xD... Takper, esok Miey akan berusaha "menghidupkan" kembali blog Miey ni... Chaiyok! Eh, korang tau tak, Miey sekarang ni dah "ADDICTED" dengan anime, especially BLEACH dan K-ON!! Syok tau... Hahaha :D Rindunyerrrr... Hahaha... Cara Miey menulis pun dah lain... "People sometimes change for someone they like"... Hahaha xD... Macam la Miey ada "special person" dalam hidup Miey ni... Hehe... Maybe masa lain kot... Okelah... Sampai sini sahaja lah dahulu Miey berbicara... Wasalam...

Friday, November 27

Pagi yang penuh kesedihan .


Memang pagi nie begitu sedih . Miey pergi solat sunat Aidil Adha bersama abang dan adik Miey . Memang lah syok jugak sebab dapat tunjuk baju HIJAU Miey . Hehe :P . Setelah menjejak kaki ke dalam masjid , Miey teringat arwah bapa Miey yang selalunya mencari - cari tempat untuk Miey dan adik Miey lalu menitiskan setitis air mata kesedihan . Miey pun cepat - cepat lap air mata Miey sebab takut orang nampak . Jadi , Miey dan adik Miey pun cari tempat lalu duduk . Semasa Miey duduk , takbir sudah pun dilaungkan . Miey pun diam sejenak dan kemudian , air mata Miey menitis lagi . Apa lagi , Miey pun cepat - cepat lap air mata Miey tadi . Selepas itu , Miey tidak terhenti - henti menitiskan air mata . Miey cuba tahan , tapi tak lama selepas itu , menitis lagi air mata Miey . Betapa peritnya hati Miey apabila teringatkan arwah bapa Miey . Tapi akhirnya Miey pun dapat bertahan seketika . Kemudian , kami bersolat . Habis solat , Miey pun mendengar khutbah lalu balik . Sampai sekarang Miey masih ingatkan arwah bapa Miey itu .

Monday, November 23

Hurmmm .


Betapa bosannya dunia Miey . Memang hari nie takder buat apa - apa :'( . Bosan gilerrr ! Nak message dengan Vack , dia tak nak balas . Arghhh ! Tapi bunga tersebut menyeri hari Miey , buat sementara waktu je lah . Fyuhh ~ Dah tak tahu nak tulis apa lagi , haaa , satu lagi , Miey tadi best jugak jamming dekat rumah kawan Miey , Fafa . Syok ! Meina [ bukan nama sebenar ] pun ekot jugak . Hehe .

Saturday, November 21

Arghhhh !


Waaaa ~ Sanggup dia memalukan Miey depan kawan Miey ! Arghhhh ! I am so damn mad right now ! Waaaaa ~ Memang menyakitkan hati langsung ! Dia memang tak faham dan tak akan faham perasaan Miey ! Ish ! That... That ... B***h !!! Waaaa ~

[p.s. : Maaflah kalau Miey pakai perkataan yang agak kasar . Sorryla]

Hidup tidak seindah mimpi .


---> [ Yang hitam itu adalah Miey , yang putih itu adalah kawan Miey, Vack :3 ] Wah , betapa indahnya mimpi Miey malam tadi , Miey termimpikan Vack yang sedang bercakap dengan Miey ! Baiklah , Miey akan ceritakan dari A hingga ke Z [ dari mula sampai akhir ] ! begini ceritanya , suasananya seperti di rumah Miey yang tercinta ini . Miey sedang enak menonton televisyen dan tetiba jerrr ada sebuah lembaga hitam di tepi Miey . Wajahnya mula - mula kabur , makin lama makin jelas . Miey pun tersentak dengan melihatnya [ yakni Vack ] di tepi Miey ! Miey mula kehairanan . Mula - mula Vack tersengih - sengih jerrr di tepi Miey . Dia seperti berada di sesuatu tempat yang agak baru [ duduk diam - diam , tak tahu nak buat apa ] . Miey tak nak tegur , sebab Miey tahu dia tak akan tegur Miey balik . Jadi , Miey pun sambung menonton televisyen . Kemudian , dengan tiba - tiba jerr , dia mula bercakap dengan Miey . Miey buat - buat tak tahu jerr . Kemudian , riak wajahnya bertukar gembira ! Miey pun tumpang senyum jugak ! Dengan gembiranya , Miey ketawa ! Dia pun turut ketawa bersama ! Betapa indahnya mimpi itu bagi Miey . Miey tak mahu mimpi itu berakhir . Tapi malangnya , segala mimpi , yang indah mahupun buruk , akan berakhir tanpa pengetahuan kita . Dan pada waktu Miey bangun dari tidur , Miey pula menitiskan air mata kesedihan . Memang sedih bagi Miey , kerana Miey sendiri yang menyalahgunakan sahabat Miey sendiri , sehingga persahabatan Miey dan Vack terputus . Dan sehingga kini , Vack masih tidak menegur Meiy lagi . Dan , Miey nak ingatkan para pembaca , janganlah kita MENYALAHGUNAKAN sahabat kita , rapat mahupun biasa , kerana mungkin ia akan menjejaskan persahabatan korang ! Sehingga kita berjumpa di lain lembaran , sekian .

Wednesday, November 18

aduhADUH . keletihan .

akhir betul Miey tidur malam tadi , tapi tak la akhir sangat , but still , Miey masih rasa mengantuk pagi nie , letih pulak tu , tambahan lagi bosan . Miey masih terfikirkan apa yang nak dibuat petang nie . huhu :'( . post nie baru jerr permulaan untuk hari ini . petang atau malam nanti baru Miey ceritakan hal sebenar untuk hari ini . fyuhh , well , see you later guys !

Thursday, November 12

wahhh,MAKINrapatPERSAHABATANku . . .


wahhhh , Vack finally said my name LOL ! ! ! berbulan - bulan Miey menunggu persahabatan Miey dan Vack untuk menjadi erat dan akhirnya yang Maha Esa telah memakbulkan doa Miey . tidak terkata Miey bila dia menyebut nama Miey . memang gembira Miey masa tu , hingga menjadi bisu dan suara sekeliling menjadi senyap . Thank You , Allah . dengan kuasa-Mu yang teramat hebat telah membukakan hati Vack untuk menerima Miey balik . syukur alhadulillah . waaa ~ Miey memang -- menangis dengan air mata gembira masa balik ke rumah ! huhuhu :'( tenkiu sekali lagi , Ya Allah . dengan bantuan-Mu persahabatan Miey dan Vack menjadi erat kembali .

Friday, October 16

belajarSESUATUyangBARU . . .


Wah... Bestnya sebab Miey kelmarin dah dapat belajar naik motor... Fafa dan Miena [bukan nama sebenar] yang tolong ajar Miey... Kin pun sama jugak... Tadi Miey ada cuba tunggang sorang2... Hahaha... Best tau... Syok Miey main tadi... Tapi tadi Fafa tak ada... Boring kalau dia tak ada... Huhu... :( Tadi kat depan rumah Niesa motor Miey tak dapat start!!! Hahaha... Tapi akhirnya dapat jugak... Berpeluh-peluh Miey tadi... Hahaha... Miey harap esok atau hari lain Fafa dapat riding dengan Miey... Wassalam... ;))

Saturday, September 26

benciBENCIbenci...


Huhu... Miey benci sangat... Miey memang benci mengatakan "SELAMAT TINGGAL"... Waktu sepupu Miey pergi balik ke Kelantan, Miey hampir nak MENANGIS!!! Kenapalah Miey susah sangat nak katakan selamat tinggal??? Huhu...

Thursday, September 17

bermulaATAUberakhir...


Mula2, Miey nak minta maaf sebab dua tiga hari nie Miey tak post apa2... Sorie ya... Miey busy sangat untak menyiapkan diri dan rumah serta keluarga untuk menyambut Aidil Fitri... Jadi, Miey postkan nie... Enjoy!!!Syukur ke hadrat Ilahi kita sudah hampir menyambut kedatangan bulan yang indah iaitu SYAWAL... Miey nak ucapkan kepada korang selamatHARIraya kepada semua... Mulai dari hari esok, kitaorang dah cuti... Tu yang best nyerrrr... Hehe... Tapi Miey kena belajar jugak sebab ujian percubaan Miey yang kedua, Sejarah, GAGAL!!! Huhu... [Arghhh!!!] Takperrrr... Miey berazam hendak mendapat at least B untuk Sejarah... Huhu... Teman2 sekalian, sila doakan untuk Miey... Amin...

Tuesday, September 15

indahSEPERTIbiasa...


Hari ini memang indah... Sebab telah menerima NIKMAT dari yang Maha Esa... Tapi, perhimpunan pagi tadi kat sekolah... Kacau betul sebab Miey nak belajar Sejarah tadi, ingat Tingkatan 3 dikecualikan... Huhu... Dahlah ujian Sejarah tadi susah... Susah sangat!!! Huhu... Tak guna jugak Miey belajar Sejarah last night dan tadi... Huhu... Takperlah... Janji berusaha... Kaykay... See y'all next chapter... =p

Monday, September 14

hariBERTAMBAHbaik, TAPI...


Huhu... Kepada semua pembaca dan teman Miey, maaflah sebab kelmarin tak dapat nak post apa2... Huhu... Miey tak dapat online sebab abang tak kerja and kakak pun tak suruh Miey pinjamkan laptop kakak... Huhu... Jadi, Miey akan mula cerita dari pagi yesterday, kay!!! Pagi, selepas sahur, Miey sekeluarga buat biskut raya... And then tengah hari, Miey masih pulak buat biskut raya... Dah nak dekat masa nak tidur, Miey messagelah dengan Vack... Mula2 ingat dia tak nak balas, tapi dia balas, dengan perasaan marah dia... Miey pun sedih dan Miey balas dengan kata2 yang amat tenang... Jadi, 2 jam selepas tu, Miey dapat jugak Miey legakan hatinya, Hehe... Tapi kat sekolah, Miey sedih sangat tengok dia, muram jer... Miey pulak turut bersedih... Huhu... sort of... One more thing, ujian Math tadi susah nak mati, tapi taklah susah sangat... Ok2 jerr... Hehe... Paper 1 Miey banyak "bedal" jer... Huhu... Miey takut Miey takkan dapat A lagi... Huhu... Tapi takper, tawakkal... Hehe... Tata, Cya next chapter!!!